Thursday, March 19, 2009

penerimaan .


















Sungguh aku penat.
Cuba mengikut arus.
Akhirnya aku kalah juga kan?

Mana pergi yang lain?
Mana mana?
Mahu aku saja mencari?

Sudah lah. AkuH penat.
Otak aku nih sudah semacam mesin orang jual air tebu.
Selagi tebu tidak habis airnya, selagi itu di perah.
Tetapi bagi kes akuH, mungkin air nya tidak pernah habis.
Air dan masalah.
Seperti sama.

Manusia tidak boleh hidup tanpa air.
Manusia tidak boleh hidup kalau tidak dihinggapi masalah.
Mana ada manusia senang tiada masalah.
Semua ada kan?
Ahh, akuH lagi pujuk diri sendiri.

Penat kan?
Penat memujuk diri sendiri.
Penat memberi semangat pada diri sendiri.
Yang bahawa, akhirnya, akan ada sesuatu untuk akuH.
Cuma, masa tidak tiba lagi.
Bila pula akan ada seseorang, akuH tidak mahu teman sehidup semati sekarang.
Bagi akuH mungkin akuH masih terlalu muda untuk komitmen sebegitu.
Cukup sekadar ada yang rela mendengar dan memujuk.
Tapi tiada.
Senyap sudah lah FIZA . Mungkin memang begitu hidup kau. Terima sajalah. Senyum sajalah.

AkuH yakin. Akan ada.
Cuma belum masanya.

Kerja Allah, akuH tidak perlu fikir.
Hanya perlu terima.
Yang baik itu hanya dari- Nya.
dan yang buruk itu hanya dari akuH.

No comments:

Post a Comment